Tuesday, December 30, 2008

Kenapa Dia Boleh?

Kisah Fraser Doherty, 19 dari Scotland telah tersiar di Buletin Utama sebentar tadi. Kisah yang menarik ini wajar diketahui umum sebagai satu pembakar semangat dalam mengharungi dunia perniagaan.

Fraser Doherty merupakan seorang manusia biasa, atau lebih tepat lagi ialah seorang remaja yang masih muda. Semasa umurnya 14 tahun, beliau telah mula belajar dan membuat jem dari resepi neneknya di Edinburgh, Scotland. Pelanggan pertamanya pada waktu itu ialah cuma jiran-jiran dan teman rapatnya sahaja. Namun, seperti di Malaysia juga, keenakan masakan sesuatu tempat akan menjadi cepat tersebar. Pada usianya mencecah 16 tahun, beliau berhenti sekolah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan jem ini. Dengan sedikit kreativiti, beliau menamakan jenama jemnya sebagai SuperJam.

__________________________________________________

Kejayaan SuperJam turut mendapat liputan Forbes. Artikel Asal oleh Melanie Lindner.

The First Million: Fraser Doherty
Melanie Lindner,
02.13.08, 1:00 PM ET
pic
Fraser Doherty

Business Idea: Jam, from kitchen to factory

At 14, Doherty started making jams from his grandmother's recipes in Edinburgh, Scotland. Originally, his customer base was limited to neighbors and friends from his church, but business picked up quickly, and by age 16, he left school to work on his jams full time.

He tweaked his recipes and came up with a name for his product: Superjam. Orders picked up faster than he could produce the jam--made from only fruit and fruit juice--in his parents' kitchen, so Doherty started renting out a factory a few days each month.

In early 2007, Waitrose, a high-end supermarket in the U.K., approached Doherty hoping to sell his Superjam products in their stores. Within months there were Superjam jars on the shelves of 184 Waitrose stores, hoisting Doherty and his business to new heights.

Doherty borrowed 5,000 pounds (about $9,000) from a bank to cover general expenses and more factory time to produce three flavors: Blueberry & Blackcurrant, Rhubarb & Ginger, and Cranberry & Raspberry. Tesco followed, adding Doherty's products to 300 stores across the U.K. In March, Superjam will launch at Tesco in Ireland.

Last year Superjam hit $750,000 in sales and is on track to double that in 2008 (about 50,000 jars a month). Based on a reasonable valuation multiple of one times revenue--jelly maker J.M. Smucker trades at 1.2 times sales--Doherty's 100% stake is worth in the neighborhood of $1 million to $2 million.

"I can't be preoccupied with the money," says Doherty. "I make jam because it's what I love to do." Success is pretty sweet too.

__________________________________________________

Kejayaan Fraser Doherty sepatutnya diambil sebagai satu motivasi diri untuk Pemuda-Pemuda Melayu Islam khasnya. Jika dulu kita mendengar perniagaan kecil-kecilan jika dibincangkan, jawapan yang diterima tentulah amat negatif seperti..."Boleh laku ker?", "Leceh la buat business tu" dan lain-lain lagi. Namun, dengan kisah Fraser Doherty ini, semua itu bukan mustahil lagi. Siapa sangka jem yang bermula pembuatannya di dapur telah berkembang menjadi satu jenama terkenal di Eropah?

Sekiranya anda berminat tetapi tidak yakin, kita mempunyai pelbagai pihak dan agensi yang dapat membantu usaha kita dengan syarat, melalui prosedur yang betul seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kementerian Pembangungan Usahawan Dan Koperasi (MeCD), Majlis Penggalakan Ekonomi Belia dan lain-lain lagi.

Persoalannya sekarang, kenapa dia boleh dan kita tak boleh?

Ayuh pemuda, bangun dan bantulah anak-anak bangsamu.

Monday, December 29, 2008

1 Muharram 1430

Artikel oleh:
Musyrif Bin Abu Bakar
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga

Dengan tibanya Awal Muharram 1430, kita semua telah melangkah hampir dekat ke alam baqa. Ingatlah kita semua, ajal maut di tangan Allah SWT dan ia tetap akan datang walaupun kamu sedang duduk, berdiri mahupun tidur.

Sudah berubahkah kita daripada orang yang tidak berapa baik kepada yang lebih baik?
Adakah amal kita yang berkurang makin bertambah?
Adakah sedekah jariah kita makin berkurang atau makin bertambah?
Adakah azam dan niat kita di dunia pinjaman oleh Allah SWT ini diperbaharui?

Renung-renungkanlah.
Saya mengingatkan kita semua dan diri sendiri.
Salam Maal Hijrah 1430.

Sunday, December 28, 2008

Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Parlimen Bagan

Artikel oleh:
Musyrif Bin Abu Bakar
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga

Pada 27 Disember 2007, penulis bersama-sama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan Bahagian Bagan yang lain telah dijemput untuk menghadiri satu majlis penyerahan pakaian seragam sekolah. Majlis bertempat di perkarangan Wisma UMNO Bahagian Bagan, bermula selepas waktu Maghrib iaitu lebih kurang pukul 8.00 malam. Majlis ini telah diusahakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan.

Pada majlis yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Latiff Bin Majid ini, ucapan aluan-aluan telah diberikan oleh saudara Shaik Hussain Bin Mydin, selaku Ketua Pemuda Bahagian Bagan. Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan para hadirin bahawa satu ketika dulu sewaktu kecil, beliau pernah berada di tempat penerima bantuan seperti malam tersebut. Sedikit ucapan motivasi turut diselitkan untuk penerima-penerima bantuan agar terus berusaha dalam pelajaran dan seterusnya dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



Seterusnya, Yang Berbahagia Datuk Abdul Latiff Bin Mirasa, Ketua UMNO Bahagian Bagan telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan beliau, dengan isi yang sama turut mengingatkan peranan ibu-bapa dan pelajar untuk terus berusaha untuk memajukan diri masing-masing. Selain daripada itu, keadaan politik semasa peringkat bahagian dan negeri turut diulas oleh beliau.


Setiap sumbangan adalah terdiri daripada:
  • beg sekolah - (Amanah Raya)
  • buku nota - (Amanah Raya)
  • pen - (Amanah Raya)
  • pakaian seragam sekolah rendah kanak-kanak lelaki/perempuan - (Amanah Raya)
  • Wang sumbangan RM50.00 Tunai - (Pemuda Bahagian Bagan)


Mengenai kriteria penerima sumbangan, setiap cawangan akan memilih 2 orang penerima yang layak mengikut pendapatan keluarga. Namun, sepanjang pemerhatian penulis, terdapat cawangan-cawangan yang gagal membawa penerima sumbangan ke majlis tersebut. Hal ini agak mengecewakan kerana masih terdapat kes 'terlepas pandang' seperti ini. Dan semestinya penerima yang layak di cawangan terbabit terpaksa berputih mata. Penulis berharap agar setiap cawangan dapat lebih aktif dalam hal-hal kemasyarakatan seperti ini, dan seterusnya dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Penulis juga di sini mengucapkan syabas kepada AJK Pemuda Bahagian yang telah bertungkus-lumus dalam menyediakan kemudahan logistik dan makanan kepada tetamu pada malam tersebut. Semoga Allah SWT memberkati usaha yang telah anda lakukan, Insya-Allah.