Monday, January 26, 2009

Dato Ahmad Ismail Akan Didakwa?

oleh: Dr Novandri Hasan Basri, Minda Intelek Melayu

Blog Bigdotcom telah menyiarkan satu artikel yang patut dikongsi bersama para pembaca sekalian. Tajuknya ialah Ahmad Ismail dijangka akan didakwa menghasut. Di antara lain :-

Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi dalam ceramah semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh Ogos lepas dan diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Khamis (29 Januari 2009) atas tuduhan menghasut....

Penulis pernah menulis mengenai Datuk Ahmad Ismail. Sila klik Artikel 1 atau Artikel 2.

Diharapkan agar rakan-rakan bloggers dapat mewar-warkan di dalam blog masing-masing agar Mahkamah Seksyen Butterworth pada 29 Januari 2009 ini akan disertai dengan lebih ramai orang.

Sunday, January 18, 2009

Kejohanan Bowling 3 Penjuru 2009

Pada hari ini, 18 Januari 2009 bertempat di Megalanes, Megamall Pinang, telah berlangsung satu kejohanan bowling anjuran UMNO Cawangan Sungai Puyu dan disertai bersama oleh UMNO Cawangan Taman Sri Pinang dan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga.


Pemuda UMNO Sungai Puyu, Player Penang FA possing kat depan


Pemuda UMNO Jalan Naga

Pertandingan kali ini telah mendapat sambutan hebat terutamanya daripada kaum ibu Sungai Puyu dan Taman Sri Pinang. Dapat dilihat ahli-ahli membawa keluarga untuk sama-sama beriadah. Pertandingan dimulakan sedikit lewat iaitu 12.30 Tengah Hari memandangkan ramai peserta yang agak lewat hadir untuk mengesahkan kehadiran. 32 lorong telah diperuntukkan untuk pertandingan kali ini dan 26 hadiah telah ditaja oleh UMNO Cawangan Sungai Puyu dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Puyu iaitu Encik Abdul Malik.

Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan iaitu Encik Affendi telah dijemput untuk memberi hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.


Hezry di tempat pertama


AJK Pemuda Jalan Naga, Encik Zabidi di tempat ke-8


Abdul Latiff di tempat ke-13


Para pemenang dibahagikan kepada 13 peserta lelaki dan 13 peserta Wanita. Dalam pertandingan kali ini, Pemuda Jalan Naga telah mengungguli kejohanan dengan terpilih sebagai pemenang tempat ke-13, ke-8 dan tempat pertama. Manakala untuk peserta Wanita, Wanita UMNO Sungai Puyu telah memonopoli kejohanan tersebut.



Gambar pemenang-pemenang lain mengikut turutan kiri-kanan
bermula dari naib juara sehingga tempat ke-12






Gambar Pemenang-Pemenang Kategori Wanita
mengikut turutan dari kiri ke kanan

Tempat Pertama hingga ke-13

Kami Pemuda UMNO Jalan Naga dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Malik (Ketua UMNO Cawangan Sungai Puyu), AJK UMNO Sungai Puyu termasuk pergerakan Wanita UMNO Sungai Puyu, Pemuda UMNO Sungai Puyu dan UMNO Taman Sri Pinang kerana telah bersama-sama menganjurkan kejohanan yang hebat dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim antara 3 cawangan ini.






Antara gambar-gambar yang sempat diambil

Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang dan semestinya Pemuda UMNO Jalan Naga akan berusaha mempertahankan kejuaraan, Insya-Allah.
Tahniah Pemuda-Pemuda UMNO Jalan Naga!!


Wednesday, January 7, 2009

Perhimpunan Aman Memprotes Kekejaman Israel

Gambar dari Utusan Malaysia
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam
Satu perhimpunan aman bagi memprotes kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin anjuran IRIMM, Belia 4B, UMNO dan PAS akan diadakan di perkarangan Masjid Daerah Telok Air Tawar selepas solat Jumaat, 9/1/2009.
Ketepikan fahaman politik dan tunjukkan sokongan anda.