Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009



Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah/2009, Saf AJK Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Muslim yang mengunjungi blog ini.

Saf AJK juga memohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang kami menggalas tugas di peringkat bahagian. Insya-Allah, kami berikrar untuk melicinkan lagi operasi dan memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami dengan sebaik mungkin.



Sebentar tadi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Saudara Ir. Shaik Hussein dan Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian, Encik Shahril sempat meluangkan masa menghadiri majlis malam raya di Cawangan Jalan Naga, Bagan Lalang, Jalan Mengkuang dan beberapa tempat lagi. Derma kilat juga telah diadakan oleh penduduk Kampung Benggali Sungai Puyu di jamuan Cawangan Jalan Naga dan saudara Ketua Pemuda telah memberikan sumbangan peribadi beliau untuk mangsa-mangsa kebakaran di Jalan Mengkuang baru-baru ini.



Jamuan ringkas di Cawangan Jalan Naga juga telah dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan iaitu Saudara Fendi beserta beberapa AJK daripada cawangan Bagan Lalang dan sekitar Bahagian Bagan. Dengan kunjungan ini, semoga saf perpaduan dan ukhwah sesama muslim dapat dipereratkan lagi.

Salam Aidilfitri daripada kami semua, Pemuda UMNO cawangan Jalan Naga.